Gambar Via Google

Nak Rai Tamat Sekolah, Remaja Maut Bersama Pengajar Dipercayai Kerana Payung Terjun Gagal Berfungsi

Sofea

Seorang remaja perempuan yang pertama kali mencuba untuk melakukan aktiviti terjun udara bagi meraikan tamat sekolah menengah telah meninggal dunia bersama dengan pengajarnya dalam satu kejadian pada minggu lalu, lapor Unilad.

Remaja berusia 18 tahun dari Newnan, Georgia ini telah pergi ke Thomaston bersama keluarganya pada 12 Julai lalu untuk merasai terjunan udara buat pertama kalinya.

Nasibnya tidak baik apabila dia dan juga pengajar terjun udara meninggal dunia dalam kejadian yang menyaksikan payung terjun mereka mengalami masalah dan gagal dibuka. Bukan itu sahaja, payung terjun kecemasan juga turut gagal digunakan dengan sebaiknya.

Keluarganya dikatakan menunggu mangsa namun kelihatan mengambil masa yang agak lama untuk turun.

Mereka mula panik apabila tidak mendengar apa-apa dalam tempoh waktu yang lama. Mereka kemudian mendengar seseorang mengatakan bahawa mereka telah melihat lampu polis.

Pada mulanya, bapanya menganggap bahawa mangsa hanya mengalami luka pada pergelangan kaki semasa pendaratan.

Menurut Sheriff Daerah Upson dan Kilgore dalam satu kenyataan, mangsa dan pengajarnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Unilad