Gambar: Jing Daily

Nak Pikat Pelancong Asing, Hong Kong Tawar 500,000 Tiket “Flight” Secara Percuma 

Faiz Mustafa

Nak Pikat Pelancong Asing, Hong Kong Tawar 500,000 Tiket “Flight” Secara Percuma

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AAHK) telah bersetuju untuk memberikan 500,000 tiket penerbangan secara percuma kepada pelancong asing untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di bandar tersebut.

Menurut CNN, perancangan tersebut telah diumumkan sejak dua tahun yang lalu dan disahkan oleh jurucakap dari AAHK.

Difahamkan, sebanyak 500,000 tiket bernilai hingga RM1.18 bilion akan diagihkan kepada pelawat asing dan penduduk bandar raya itu.

“Pada 2020, AAHK membeli kira-kira 500,000 tiket penerbangan lebih awal daripada syarikat-syarikat penerbangan tempatan di Hong Kong sebagai sebahagian daripada pakej bantuan menyokong industri penerbangan.

“Pembelian ini bertujuan untuk menyuntik kecairan pasaran ke dalam syarikat penerbangan, manakala tiket akan diberikan kepada pelawat dari seluruh dunia dan penduduk Hong Kong dalam kempen pemulihan pasaran,” jelasnya, lapor CNN.

Dalam pada itu, maklumat lanjut akan diumumkan segera sebaik sahaja mereka menerima kesepakatan dan persetujuan dari syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat.

Memetik CNN, sebelum ini, Hong Kong merupakan negara yang terasing dari seluruh negara di dunia disebabkan oleh peraturan yang ketat berkaitan penularan wabak Covid-19 tempoh hari.

Suatu ketika, mereka pernah mengarahkan para pelawat dan pelancong yang tiba di bandar itu untuk menjalani kuarantin selama 21 hari di bilik hotel menggunakan perbelanjaan sendiri.

Seterusnya, tempoh tersebut telah dikurangkan kepada tujuh hari dan tiga hari sebelum ia dimansuhkan sepenuhnya pada 29 September lalu. Hal tersebut telah mendorong orang ramai untuk menempah tiket penerbangan di laman web syarikat-syarikat penerbangan.

Ekoran daripada itu, sebuah syarikat penerbangan Cathay Pacific terpaksa menyediakan ‘ruang menunggu’ secara atas talian untuk mengekang masalah trafik oleh pelanggan yang ingin mengakses laman web mereka.

Ketua perhubungan awam Asia Expedia, Lavinia Rajaram berkatan, perkhidmatan tempahan secara atas talian di laman web Expedia juga mengalami lonjakan sembilan kali ganda untuk penerbangan Hong Kong ke Osaka. Namun, pilihan penerbangan untuk ke Hong Kong kekal tidak berubah.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: CNN

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup