Memelihara haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing memang menyenangkan, namun sebahagian orang mempunyai alahan terhadap bulu haiwan peliharaan ini. Seseorang yang memiliki alergik terhadap bulu haiwan ini akan menderita ketika kedatangan kedua-dua haiwan ini. Lantas bagaimana jika ingin memelihara haiwan peliharaan berbulu namun ada salah satu anggota keluarga yang memiliki alahan?
Dipetik dari Homes to Love, ada berbagai cara mengatasi alahan terhadap bulu haiwan peliharaan, antaranya seperti berikut.
1. Pilih Haiwan peliharaan yang sesuai
Sebenarnya terdapat baka anjing atau kucing yang diketahui dapat menyebabkan reaksi alahan yang minimal kepada manusia dibanding dengan baka lainnya. “Meskipun tidak ada haiwan peliharaan yang dapat dikelaskan sebagai 100 peratus hipoalergenik, ada banyak baka yang dianggap lebih hipoalergenik. Ini bermaksud, bulu mereka menyebabkan lebih sedikit reaksi alahan terhadap manusia yang menghidap alahan berkait haiwan,” kata doktor hewan PETstock, Sasha Nefedova. Jenis baka anjing termasuk Poodle, Shih Tzu, Bichon Frize dan Schnauzers. Baka kucing hipoalergenik termasuk Bali, Devon Rex, Cornish Rex, Siberian dan Russian Blue.
2. Memandikan dan Menyikat haiwan dengan kerap
Selain meluruhkan bulunya, anjing juga melepaskan sel kulit mati yang mengandungi alergen. Untuk kucing, alergen dapat ditemukan pada air liurnya dan dapat berpindah ke bulunya ketika menjilat atau merawat dirinya sendiri. “Memandangkan kulit adalah organ terbesar pada tubuh haiwan peliharaan anda, merawatnya secara teratur bukan hanya cara yang baik untuk mengurangkan keluruhan bulu, tetapi juga cara untuk memeriksa benjolan-benjolan yang tidak diinginkan yang mungkin memerlukan perhatian doktor haiwan,” kata Nefedova.
3. Menjaga kebersihan rumah
Semakin banyak anda membersihkan, semakin kecil kemungkinan kotaran, debu, bulu haiwan peliharaan melekat di sekitar rumah. Jika haiwan peliharaan anda sering berada di dalam ruangan, sebaiknya belilah penyedut debu atau vacuum cleaner yang dirancang untuk menghilangkan bulu haiwan peliharaan. Penyedut debu ini biasanya dilengkapi dengan sikat khusus yang lebih efektif dalam menghilangkan bulu haiwan peliharaan yang kukuh daripada penyedot debu biasa. Memiliki haiwan peliharaan bermaksud anda perlu menyedut debu dan mengemop lebih kerap dari biasa.
4. Gunakan Air Purifier
Selain menjaga kebersihan rumah, memastikan kualiti udara dalam ruangan, meningkatkan kualiti udara dalam ruangan, menghilangkan partikal debu, pencemaran, asap dan racun, air purifier juga dapat menghilangkan bau dan bulu haiwan peliharaan.
Sumber- Homes to love