Pasti ramai diantara kita yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan bagi mengekang diri daripada terjerumus dalam golongan yang obesiti.
Seperti ramai yang ketahui, untuk menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah. Pasti akan ada pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dalam usaha menurunkan berat badan terutamanya apabila ternampak makanan kegemaran kita.
Pasti sukar untuk kita menahan diri daripada memakan makanan kegemaran kita itu bukan? Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Husna Yusoff ada berkongsikan tentang tips untuk cheat day yang tidak akan merosakkan rutin diet harian anda.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Rasa stress bila berdiet? Teringin nak makan ayam goreng yang asyik keluar iklan dalam Phone? Tapi takut diet rosak sia-sia?
Jom cuba 5 Tips cheat day yang tak merosakkan diet
Fahamkan dulu, bila berdiet, memang sesekali akan timbul keinginan makanan feveret kita. Tak salah untuk kita makan, tapi ada syarat nya.
– Pastikan kita ambil sarapan sihat terlebih dahulu supaya nafsu makan terkawal.
– Rancang nak makan apa dan makan di mana. Elakkan makan di rumah depan TV, biasanya akan “overeat” ini yang merosakkan diet.
– Tetap setia dengan air kosong walau di mana jua. Air kosong lah penyelamat terbaik kita. Ia tetap 0 kalori.
– Jaga portion makan. Makan satu hidangan, bukan satu hari dari pagi ke malam.
– Dan last sekali, makan untuk merasa, bukan makan bersungguh2 nak balas dendam kononnya dah lama tak makan.