Nak makan mana? Soalan yang simple tapi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut amat sukar bukan? Rakyat Malaysia pada masa kini sering menghadapi “paradox of choices” dimana ianya merupakan satu keadaan apabila seseorang individu tidak dapat membuat sebarang keputusan disebabkan oleh terlalu banyak pilihan yang ditawarkan kepadanya. Dalam bidang psikologi situasi ini diistilahkan sebagai “Paradox Of Choices”. Dimana individu perlu memilih pilihan yang terlalu banyak sehingga akhirnya beliau langsung tidak dapat membuat keputusan.
Gambar: TrendsmapDalam kehidupan moden hari ini, kita cenderung untuk berfikir bahawa lebih banyak pilihan adalah lebih bagus tetapi masalah ini mungkin membawa kepada pilihan yang berlebihan. Hasilnya, melumpuhkan seseorang individu membuat keputusan dengan memilih keputusan yang tidak memberikan kepuasan kepada diri bahkan lagi parah apabila individu tersebut tidak membuat apa-apa sebarang keputusan.

Ahli psikologi ini mungkin dapat terangkan kenapa sukar untuk anda buat keputusan terhadap sesuatu perkara termasuklah bagi persoalan “Nak makan mana?”.
3 konsep mudah tentang “Paradox of Choices”
Kelumpuhan minda (mind paralysis)
Pilihan yang banyak membawa kepada keputusan yang lemah
Pilihan yang banyak membawa kepada ketidakpuashatian minda

Sumber: @AimanPsikologis