KahwinFest 2025
Tiada Kategori

Nak Jimat Kahwin? KahwinFest 2025 Kembali Lagi, Gegar Shah Alam Pula Ogos Ini

syafiq halim

Nak Jimat Kahwin? KahwinFest 2025 Kembali Lagi, Gegar Shah Alam Pula Ogos Ini

KUALA LUMPUR: Ingat perihal kahwin, tentunya kena ingat KahwinFest. Diberi jolokan sebagai Festival Kahwin Paling Best, ekspo kahwin mega ini bagai acara wajib dan tak patut dilepaskan bagi pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Tahun ini, KahwinFest 2025 bakal menggegarkan Dewan Raja Muda Musa (DRMM), Shah Alam, Selangor selama tiga hari berturut-turut bermula 1 hingga 3 Ogos ini dari 10 pagi hingga 10 malam.

Lebih mengujakan, ekspo anjuran QALAM Management ini menawarkan hadiah utama berupa lokasi majlis Kahwin, Grand Oasis Inspire Hall di Seri Kembangan oleh Great Creation Events mencecah nilai RM21,000.

Menurut Pengarah QALAM Management, Sham Amir, hadiah utama rebutan cabutan bertuah itu layak direbut pengunjung ekspo berkenaan yang membuat tempahan minimum RM100 bagi mana-mana vendor yang terbabit.

KahwinFest 2025

“Selain itu, hadiah menarik lain yang bakal dimenangi menerusi Cabutan Bertuah KahwinFest 2025 ialah percutian dua hari satu malam di Pulau Langkawi tajaan VC Venture. “Tak ketinggalan pakej rawatan spa tajaan Skin Vogue Medispa bernilai RM200 dan RM500, E- Kad Mewah (Ikriza Enterprise), 10 set butang baju Melayu (Kedai Emas Sri Perak) dan 30 sesi fotografi studio Exit Friendzone.

“Hadiah cabutan bertuah lain termasuklah set memasak dan pembersih vakum dari Meronco Studio, wang tunai dari Zai Sri Gemilang dan mesin pengisar 1250 ml tajaan Mak Ngah Catering dan pelbagai lagi istimewa dari vendor-vendor KahwinFest”kata Sham Amir. Kata Sham Amir lagi, sebanyak 1,000 beg tote eksklusif tajaan Medina Craft juga akan diberikan secara percuma kepada pengunjung terawal setiap hari ekspo berlangsung.

“Masuk adalah percuma dan ruang parkir juga disediakan tanpa caj. Ia sekaligus menjadikan ekspo kahwin ini lokasi ideal untuk merancang majlis hari bahagia tanpa tekanan dan bajet tinggi.

“Menariknya, lebih 100 vendor perkahwinan terkemuka akan turut serta dalam ekspo ini dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan lengkap untuk bakal pasangan mempelai dari busana pengantin, katering, pelamin, jemputan Kahwin, jurugambar, barang kemas serta cenderahati.

“Kami turut berbesar hati kerana ekspo ini mendapat sokongan padu penaja dari dekorasi pentas utama, Ginger Dutch Galleria, Hias Cempaka (dekorasi pintu masuk) dan katerer rasmi Kumpulan Enak Rasa.

“Penaja lain termasuklah Faridism Production, Damoora,Yellow Hello dan minuman rasmi Kopi Kenduri MY” katanya.

Tambah Sham Amir, ekspo ini turut menampilkan selebriti media sosial dan Aktiviti pentas sepanjang hari.

“Pempengaruh yang terbabit ialah Asyuu Vianaa dan Azam Zainal masing-masing bertindak sebagai pengacara.

KahwinFest 2025

“Ryan Deedat, Sharkmanz, The Iman Ali, Abam Panda, Papa Ayie, Yuna Zainal, Lisa H dan Nuriqin Leyda pula menjadi wajah pempengaruh KahwinFest. Aktiviti pentas pula bakal menyajikan persembahan tarian Arcisa Girls, Disko Santan, gamelan dan banyak lagi.

“Kami ingin menjemput semua bakal pengantin untuk hadir ke KahwinFest minggu ini kerana pelbagai pakej kelengkapan A to Z disediakan dengan pelbagai promosi dan hadiah sesuai dengan bajet anda. Jimat masa, jimat wang dan jimat tenaga. Jom kita meriahkan Festival Kahwin Paling Best!,” Katanya.