Gambar: News24

Nak Intai Jiran Dah Balik Ke Belum, Kepala Wanita Ini Tersangkut Di Pagar Rumah Jirannya

Aqmal Ezany

Akibat terlalu ambil tahu u tentang hal-hal jirannya, seorang wanita terpaksa menanggung padah apabila kepalanya tersangkut di pagar rumah jirannya itu.

Seorang wanita warga Colombia yang mahu mengetahui tentang kepulangan jirannya itu dengan mencuri dengar bunyi keberadaan orang di rumah membawa padah kepadanya selepas kepalanya telah tersekat di pagar tersebut selama lima jam.

Wanita yang berasal daripada La Virginia, Colombia itu telah memasukkan kepalanya di ruang yang terdapat pada pagar tersebut untuk mencuri dengar kehadiran jirannya itu. Namun malangnya, kepalanya telah tersekat dan terpaksa menunggu selama lima jam sebelum pasukan penyelamat sampai untuk membebaskannya.

Beberapa anggota polis serta bomba tampil pada tempat kejadian bagi membantu wanita tersebut. Gambar operasi tersebut yang tular di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kebanyakan netizen mengecam wanita tersebut dengan menyatakan bahawa dia seorang yang suka ambil tahu hal orang dan itu lah padah di atas perbuatannya.

Sumber: News24