Lemak di bahagian perut tidak hanya mengganggu penampilan kita saja, tetapi juga boleh mengundang penyakit yang serius. Orang yang mengalami obesiti lebih terdedah diserang penyakit kardiovaskular, diabetes hingga tekanan darah tinggi oleh kerana pengumpulan lemak di bahagia perut. Jadi, jika ingin benar-benar mencuba menghilangkan lemak perut, berikut ada 5 tips mudah yang dapat diterapkan ke dalam rutin harian.
1. Mengamalkan Probiotik
Seorang ahli permakanan, Maggie Michalczyk, MS, RD mengatakan, probiotik adalah bakteria baik yang kita inginkan lebih banyak di usus agar tetap sihat. Probiotik sangat bermanfaat kerana menjaga sistem kekebalan tubuh dan dapat membantu mengurangkan lemak perut. Satu kajian menemukan, bahawa mengamalkan probiotik membantu mengurangkan lemak di dalam perut. “Diperlukan lebih banyak penelitian, namun beberapa strain bakteria probiotik terbukti telah membantu wanita menurunkan berat badan,”ujarnya.
2. Tambahkan serat Prebiotik dalam makanan
Memasukkan serat prebiotik ke dalam makanan adalah cara mudah untuk memastikan agar sistem pencernaan kita berjalan lancar. “Prebiotik yang ditemukan pada banyak buah dan sayuran mengandung serat dan pati kanji yang tidak dapat dicerna oleh tubuh”, jelasnya. Serat dan pati kanji yang melalui sistem pencernaan akan menjadi makanan bakteri baik (probiotik) pada usus. Hubungan kerja dengan probiotik ini memastikan segala sesuatunya berjalan lancar dan jenis probiotik tertentu dapat bekerja untuk membantu kita menurunkan berat badan.
3. Tidur dengan cukup
Menghilangkan lemak di bahagian perut bukan sahaja disebabkan tentang kalori tetapi juga bagaimana kita mengatur hormon. Jumlah tidur yang kita dapatkan ternyata memberi peranan penting dalam mengatur hormon kita. “Terlalu tidur yang kurang dapat menyebabkan hormon kortisol meningkat dan juga meningkatkan hormon lapar atau ghrelin serta menurunkan hormon kenyang atau leptin. Jelas seorang ahli nutrisi, Lauren Harris-Pincus, MS, RDN. Kombinasi tubuh yang menyimpan tenaga dan meningkatkan rasa lapar menyebabkan penambahan berat badan.
Maka, pastikan kita selalu mendapatkan waktu tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 7-9 jam setiap malam. “Terlalu kekurang tidur mahupun terlebih tidur akan menyebabkan masalah,” ujarnya.
4. Tukarkan snek ringan kepada buah-buahan
Tidak ada salahnya mengganti makanan dari yang penuh lemak dan zero tenaga kepada makanan yang kaya dengan serat. Buah-buahan seperti blueberi, strawberi, dan kranberi diperkaya dengan antioksidan dan serat yang dapat membantu menurunkan resistensi insulin. Mereka juga dapat membantu kita mengisi perut dengan kalori yang minimum untuk membantu mengawal berat badan. Aneka buah tersebut juga dapat ditambahkan ke dalam campuran yogurt, oatmeal, salad, atau dimakan begitu saja.
5. Khaskan waktu untuk bersantai
Ini adalah tips yang paling jelas dan sederhana, mengkhaskan waktu untuk bersantai teramatlah penting. “Stress boleh meningkatkan kadar kortisol yang dapat menyebabkan penambahan berat badan dan lebih banyak lemak perut,” kata Harris-Pincus. Orang yang mengalami stress juga cenderung menikmati makanan yang menenangkan dan makanan itu pastinya berkalori tinggi. “Cubalah untuk mengawal kadar stress melalui meditasi, pernafasan dalam, olahraga dan melakukan aktiviti yang membuat kita lebih tenang,” katanya.
Sumber- Kompas.com