Gambar: Jabar News

Nak Elak Sekatan Jalan Raya, Penduduk Nekad Naik Rakit Untuk Pulang Ke Kampung

Amira

Demi pulang beraya ke kampung, penduduk di Jawa Barat nekad menaiki rakit untuk lari dari sekatan jalan raya, lapor SuaraJabar.id.

Menurut portal itu, para penduduk yang menaiki motosikal memutuskan untuk menggunakan khidmat rakit di beberapa sungai termasuk Sungai Citanduy untuk merentas wilayah.

“Penggunaan perahu dan rakit menjadi salah satu alternatif penduduk berbanding melintasi jambatan Manganti,” kata Ketua Kampung Desa Sidaharja, Maman Suparman.

Tambahnya, terdapat lima sungai yang menyediakan khidmat perahu kecil dijadikan laluan untuk pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun ujar beliau, laluan itu telah lama digunakan para penduduk mahupun orang luar untuk tiba ke destinasi dengan lebih cepat.

“Apalagi waktu ini, pasti makin ramai kerana banyak yang menghindari sekatan jalan raya atau operasi,” katanya.

“Malah, waktu operasinya kini bertambah menjadi 24 jam. Jadi para pemudik tak perlu risau pukul berapapun mereka mahu melaluinya.”

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

Sumber: SuaraJabar.id

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya