Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun, setiap manusia tidak akan terlepas daripada diuji. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima. Kadang-kala Allah menurunkan kesusahan kepada orang lain sebagai ujian kepada hambaNya yang melihat.
Seperti perkongsian oleh seorang individu, Khairi Kahar, yang menjadi tular di media sosialnya baru-baru ini. Dia ditakdirkan bertemu dengan sepasang suami isteri bersama seorang anak yang masih kecil ketika dalam perjalanan dari Sg Besi ke Melaka.
Dalam keadaan hujan lebat, pasangan tersebut meredah highway bersama anak mereka dengan hanya membonceng motosikal.
Story 1 (petron sg besi).
Ada baby. hujan lebat sebelum tol Sg Besi.. mungkin nak balik Melaka sebab no plate melaka.. Ya Allah, permudahkan urusan abang dan akak ni serta murahkanlah rezekinya.. Aminn..

Story 2 (susur selepas Kajang Arah Selatan)
Hati rasa bersalah sangat kalau tak tumpangkan.. kejar punya kejar jumpa balik family ni atas highway tengah berhujan lebat.. kesian betul tengok anak kecik yang dikendong si isteri.. terasa bergenang air mata terbayang kot kita dekat situasi mereka.. turun tingkap tanya abang tu.
Story 3 (dalam kereta menuju ke Melaka)
Selidik punya selidik sebelum ni tinggal serumah dengan mak ayah di Kelana Jaya.. tak nak cerita lebih dekat sini.. tapi kesian dekat anak yang masih kecil dah kena pindah randah.. anak dia pon hampir sebaya dengan anak sendiri..
First time kata akak tu keluar dari rumah keluarga dan duduk dengan suami.. nampak jelas raut wajah sedih akak tu.. banyak termenung dalam kereta.. anaknya pon baik, rupa pon elok sempat mintak salam sebelum naik moto dengan bapaknya.. nampak pon cerdik.. abang doakan adik berjaya dunia akhirat.
Lega rasa dapat tumpangkan akak dan anak dia tadi.. hujan memang lebat dari KL ke Melaka hampir sepanjang perjalanan.. tak boleh nak bayangkan kalau abang Lan tak setuju untuk tumpangkan anak dan isteri dia tadi.. saya doakan abang Lan dan akak dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia serta akhirat..
Aminn.. Insya’allah.
Sumber : Khairi Kahar