Dengan teknologi yang berkembang pesat, setiap orang pastinya tidak mahu terlepas untuk mengikuti dan menyertai segala trend terkini yang ada di media sosial termasuk mencipta pelbagai video berkaitan dengan gaya hidup.
Tidak lama dulu, kebanyakan video seperti itu hanya dimuatnaik ke dalam aplikasi Youtube sahaja namun kini ia terus ‘menular’ hingga ke semua media sosial yang ada pada ketika ini.
Perubahan ini membuatkan ramai orang untuk mula berjinak-jinak membuat video sendiri sama ada untuk mempromosikan bisnes atau saja-saja berkongsi mengenai gaya hidup masing-masing.
Pun begitu, mungkin masih ada yang tidak tahu untuk bermula daripada mana dan alatan apa yang perlu digunakan untuk menghasilkan sesebuah video.
Justeru, seorang pengguna Twitter yang juga sering memuatnaik video masakan, Fazley Jalal ada berkongsi mengenai setup yang sesuai untuk membuat sebarang kandungan video. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Walau bagaimanapun, selain penggunaan alat-alat tersebut, kreativiti dalam menghasilkan kandungan video juga perlulah dititikberatkan agar ia mendapat tempat di hati penonton. Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk korang yang ingin membuat video.
Sumber: Fazley Jalal