
Susulan laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Nadir Al-Nuri telah memberikan kenyataan balas menerusi laman Facebooknya semalam.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak peguam Nadir Al Nuri mengatakan bahawa tiada keperluan untuk meminta bantuan Interpol untuk mengesan anakguam mereka itu kerana mendakwa ada beberapa anggota polis mengetahui di mana Nadir berada.
Tambah peguam Nadir lagi, anakguamnya sedia memberikan kerjasama penuh di dalam apa jua siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia. Malah semua pihak termasuk polis mengetahui beliau sekarang berada di Gaza, Palestin.
Beliau ketika ini berada di Gaza sedang melanjutkan pelajaran dan menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat dan agak sukar untuk keluar dan masuk semula ke Gaza pada ketika ini kerana pintu sempadan sedang dikawal ketat oleh pihak berkuasa di sana.


Sumber: FB Nadir Al Nuri