Tiada Kategori

MuzArt International Bekerjasama Dengan Pelancongan Switzerland Untuk MuzArt CréArte 2023/2024, Bakal Taja 10 Pemenang Ke Switzerland

Nur Farra

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 21 OKTOBER 2023 – MuzArt International telah berganding bahu dengan Pelancongan Switzerland (Switzerland Tourism) untuk kempen “MuzArt CréArte 2023/2024: Perjalanan ke Switzerland”. Sekaligus, mereka dapat merapatkan dunia seni yang memukau dengan keindahan yang mempesonakan di Switzerland. Inisiatif ini dapat meluaskan dan menyatukan ikatan antara dunia seni dan pelancongan. Melalui platform MuzArt International, pelajar diberi peluang yang julung kali berlaku iaitu menyelami daya tarikan yang ada di Switzerland dan menterjemahkannya ke dalam seni 3D yang mengagumkan.

Walaupun seni merakam detik-detik, kenangan, dan emosi, kerjasama ini juga dapat menguatkan unsur-unsur lain seperti memperkenalkan mereka kepada keagungan keindahan budaya dan keindahan pemandangan di Switzerland.

“Seni mempunyai kuasa untuk melangkaui sempadan, dan melalui perkongsian kami dengan pihak Pelancongan Switzerland, kami berhasrat untuk memberi inspirasi bukan sahaja kreativiti, tetapi juga kegembiraan dari segi penerokaan. Penggiat seni muda kami berkata, dengan setiap berus, bukan sekadar adegan lukisan, malah mereka merakam kenangan yang akan mereka buat suatu hari nanti bersama keluarga mereka di ibu kota Switzerland.” kata Shannics Teh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MuzArt International.

Dengan kerjasama MuzArt International serta penglibatan kanak-kanak, Switzerland telah mengukuhkan reputasinya sebagai kanak-kanak perdana dan destinasi mesra keluarga. Apabila kanak-kanak menerokai dunia seni dan kreativiti, ianya secara semula jadi dapat memupuk perbualan yang bermakna dan masa yang diluangkan bersama dengan ibu bapa mereka. Kerjasama ini bukan sahaja mempamerkan keindahan pemandagan Switzerland tetapi juga menekankan hubungan mendalam yang boleh dijalinkan oleh keluarga ketika meneroka dan menyatakan pengalaman bersama mereka.

“Switzerland sentiasa menjadi penanda aras dari segi keindahan semula jadi dan kaya dengan budaya. Oleh itu, kami ingin menjemput golongan muda, yang mempunyai daya imiginasi yang sangat tinggi untuk menggambarkan impian Switzerland mereka. Dengan berbuat demikian, kami bukan sahaja dapat meraikan kreativiti mereka tetapi sekaligus dapat mempamerkan Switzerland adalah sebagai destinasi yang dihargai di mana kenangan bersama keluarga tercipta dan dihargai.” kata Lyn Loh, Wakil Pegawai Pemasaran Malaysia Pelancongan Switzerland.

Hadiah Utama yang sangat luar biasa: Pemenang akan dibawa untuk mengejar impian ke Switzerland bersama tiga ahli keluarga. Perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini adalah termasuk 4 tiket kelas ekonomi pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Zurich melalui Singapura, Swiss Travel Pass selama 8 hari dalam Kelas Pertama dan penginapan hotel selama 7 malam di Switzerland.

Shannics Teh dari MuzArt International menambah, “Kerjasama ini benar-benar merupakan gabungan di antara keanggunan Switzerland dan kesenian Malaysia. Kami bukan sahaja memberi pelajar kami tempat berlindung tetapi berpeluang untuk berkomunikasi dengan peserta dari seluruh dunia. Dengan kerjasama dari pihak Pelancongan Switzerland, pelajar kami juga berpeluang memperolehi wawasan dan inspirasi yang tiada tandingan secara mendalam dan keasliannya.”

Kempen “MuzArt CréArte 2023/2024: Perjalanan ke Switzerland” bermakna lebih daripada pertandingan seni; ianya adalah perjalanan yang merentasi masa, tradisi dan keindahan pemandangan. Menyelam di kedalaman, biarkan kreativiti melonjak, dan mulakan pengembaraan artistik ini merentasi ufuk Switzerland yang megah.

Butiran kempen: • Tarikh pelancaran: 21 Oktober 2023 • Tempoh Peraduan: 01 November 2023 – 31 Disember 2023 (2 bulan) • Tempoh penghakiman dalaman: Januari 2024 – Februari 2024 • Tempoh pengundian dalam talian: Januari 2024 – Februari 2024 • Pengumuman Peserta Terakhir & Pemenang: Mac 2024

Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang rasmi MuzArt International: https://www.facebook.com/muzart.international