Seekor angsa dilaporkan telah mati kerana terlalu ‘patah hati’ selepas beberapa orang remaja memusnahkan sarang dan telur-telurnya.
Sekumpulan remaja lelaki dilaporkan melemparkan batu-bata ke arah sarangnya yang terdapat di Bolton, United Kingdom pada bulan lalu. Batu-bata tersebut telah merosakkan sarang dan membunuh tiga ekor anak angsa tersebut yang masih belum menetas.

Berikutan serangan tersebut, aktivis hidupan liar menyatakan bahawa dua lagi telur angsa tersebut telah pecah. Pasangan angsa itu juga dipercayai telah meninggalkannya kerana tekanan.

Selepas kehilangan telur kelima, angsa tersebut ditemui mati di dalam sarangnya pada Khamis lalu.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan menyatakan bahawa mereka sudah meneliti kematian angsa tersebut. Menurut laporan itu, angsa, sarang dan telurnya dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar dan Desa 1981 Ryan Arcadio/JB UK.
Sumber: Inquirer.Net