Lembu mendapat cermin mata realiti maya dan dipakaikan oleh penternaknya bagi meransangkan pengeluaran susu, lapor New York Post.
Tujuannya pemakaian ‘virtual gogle‘ tersebut adalah untuk membuatkan lembu yang berada dalam kandang ketika musim sejuk tidak lupa dan seolah-olah berada di padang rumput hijau ketika musim panas.
Menurut laporan, percubaan tersebut telah menghiburkan peminat filem dan dibandingkan dengan aksi filem sci-fi klasik, The Matrix.
Alat tersebut dikatakan direka oleh doktor haiwan dan diuji di sebuah ladang di Moscow.
Kredit : New York PostPenternak lembu, Izzet Kocak memakaikan ‘gogle’ tersebut pada dua ekor lembu di Aksaray, Turki.
Walau bagaimanapun, hasil percubaan yang dilakukan menunjukkan hasil yang baik, lapor The Sun.
Hail ujian yang dilakukan dikatakan berjaya apabila lembu miliknya telah mengeluarkan banyak susu daripada 5.8 gelen meningkat kepada tujuh gelen sehari.
Kredit : New York PostKata Izzet, sebelum ini dia hanya memainkan muzik klasik untuk didengarkan kepada 180 haiwan bagi memberi rangsangan dan bercadang untuk membeli sepuluh set lagi.
Kementerian Pertanian Rusia menjelaskan sistem itu dibangunkan berdasarkan prinsip seperti lembu dapat melihat warna merah dengan lebih baik berbanding warna biru dan hijau.
Sumber : New York Post