
Tahukah anda, siri komedi Mr.Bean hanya ada 15 episod sahaja kesemuanya. Mungkin korang tak percayakan sebab sebelum ini rasa macam pernah tonton banyak siri Mr.Bean dan merasakan ia lebih dari 15 episod.
Tapi hari ini, korang perlu percaya hanya ada 15 episod sahaja siri Mr.Bean sepanjang watak utamanya, Rowan Atkinson membawa watak sebagai Mr.Bean yang pernah membuat kita ketawa satu ketika dahulu.

Sebagai watak Mr.Bean juga, Rowan Atkinson pernah membintangi dua filem iaitu Mr.Bean The Movie dan Mr.Bean’s Holiday. Sudah tentu watak Mr.Bean ini tidak boleh ditukar ganti pelakonnya kerana watak ini seakan sudah sinonim dan sebati dengan Rowan Atkinson.

Korang boleh mengimbau kenangan dengan tonton semula siri Mr.Bean di saluran Youtube rasminya di SINI
Sumber: Mr.Bean