Gambar Hiasan via Google

Mungkin Kita Tak Sedar, Ini Tanda-tanda Kolestrol Tinggi Termasuklah Kurang Selera Makan

Zahirah

Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Namun apabila tahap kolesterol di dalam tubuh berlebihan, ia akan berkumpul di pembuluh darah dan mengganggu aliran darah.

Hal ini yang akan menyebabkan kandungan kolesterol dalam darah kita banyak. Manakala dalam istilah perubatan pula ia dikenali sebagai hiperkolesterolemia.

Seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor menerusi laman Facebook, terdapat banyak kemungkinan penyebab tanda kolestrol tinggi, dan antaranya ialah sejarah keluarga.

Banyak kemungkinan penyebab wujudnya tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh seperti amalan gaya hidup seseorang. Tapi sejarah keluarga serta masalah perubatan lain juga boleh mempengaruhi tahap kolesterol.

Berikut antara beberapa tabiat yang cenderung menyebabkan tahap kolesterol tinggi:

– Pengambilan alkohol berlebihan – Merokok – Tidak aktif bergerak

– Tidur tidak mencukupi – Terlalu banyak tekanan – Diet tinggi lemak tepu atau trans

Kredit: Hello Doktor

Sumber: Hello Doktor