Walaupun mungkin ekonomi negara kini sedang beransur pulih akibat terkesan dari pandemik COVID-19, tetapi ramai yang masih bergelut dan tertekan dengan masalah kewangan.
Agak sukar sebenarnya untuk bangkit semula mencari peluang dan lubuk rezeki yang betul-betul boleh menjamin masa hadapan.
Tetapi jangan mudah berputus kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil, InshaAllah rezeki akan sentiasa ada untuk kita.
Menerusi perkongsian penasihat kewangan, Azizul Azli Ahmad, dia memberikan beberapa panduan yang mungkin membantu anda dalam keadaan gawat.
#TabungEkonomi
1. Terima Kenyataan Kita Gawat.
Ini paling susah orang nak terima, sama juga kita susah nak terima hakikat kita miskin, kita nak juga bergaya. Terima hakikat kita sedang susah, maka otak kita akan bekerja keras cari jalan keluar.
2. Jual Benda Tak Guna.
Bila selesai PKPP nanti, jangan hidup dalam nostalgia,
“ish..sayangnya nak jual kereta City nie. kita beli waktu susah dulu ni”. Jual dan pakai apa sahaja yang kita boleh kongsikan dalam hidup ini. Belajar asas kehidupan.
3. Jangan Malu.
Selagi kerja itu halal dan baik buat keluarga, buat sahaja. Jangan malu jika ia cemarkan maruah keluarga. Lebih malu jika kita meminta minta dan biarkan anak isteri lapar dan dahaga.
4. Berkata Tidak.
Hidup ini bukan untuk raikan semua orang, belajar kata tidak, tangguhkan kemahuan dan pekakkan apa sahaja pandangan orang. “kerja bagus dah, tapi pakai kereta kecil jer. kedekut sungguh” Pernah dengar bukan?
5. Buat Lebih Satu Kerja.
Zaman ini tidak boleh bergantung dengan satu kerja sahaja lagi. Ushakan untuk ada kerja lain juga. Jika tak mahir juga, belajar jadi pelabur biar wang bekerja untuk kita.
6. Cari Ilmu.
Ini paling ramai malas buat, baca buku, hadir seminar dan carilah guru yang boleh mengajar kita. Tekun dan belajar hingga berjaya.
7. Kurangkan Alasan dan Kuatkan Usaha.
Jika kita masih banyak alasan boleh dicipta, kita juga sebenarnya boleh cipta banyak usaha.
8. Tutup dan Lupuskan Hutang.
Selain ikat perut, ikat hutang kita juga agar tidak berkembang. ia akan telan semua simpanan kita nanti.
9. Beli Aset Dengan Banyak
Jangan hanya BERTAHAN, ia tak bantu keluarga kita. Kita harus juga MENYERANG. Akan ada banyak aset dijual pada harga murah waktu gawat begini, beli aset untuk keluarga waktu gawat begini, ia pelaburan baik untuk masa depan.
Selamat berusaha, kita pasti berjaya harungi ini dengan baik. Kita akan ceritakan pada generasi akan datang bagaimana kita berjuang dan bertahan.
Azizul Azli Ahmad Jadilah Ketua Keluarga Yang Baik
Sumber: Azizul Azli Ahmad