Gambar: @DGHisham via Twitter

“Mungkin Akan Sampai Masa Kita Tidak Ada Katil ICU Yang Mencukupi”, – Dr Noor Hisham

Nurul Nabila

Saban hari, kita sentiasa menerima berita peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan.

Malah kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 juga membuatkan hati lebih sayu terutamanya jika melibatkan ahli keluarga sendiri.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah telah berpesan kepada orang ramai agar kekal berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar.

Sekiranya tidak akur, kita berisiko dijangkiti COVID-19 dan mungkin akan sampai masanya katil ICU di hospital tidak mencukupi, jelas beliau.

Oleh hal yang demikian, sama-samalah kita membantu sesama kita demi kesihatan kita dan keluarga.

Pesanan ini adalah menerusi ciapan beliau di ruangan Twitter pada jam 6.13 pagi hari ini.

Sumber: @DGHisham via Twitter