Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah menamatkan perlumbaan pusingan pertama acara Keirin lelaki dengan menduduki tempat pertama.
Kemenangan itu melayakkannya untuk ke peringkat suku akhir.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu itu, ‘The Pocket Rocket Man’ memberikan aksi yang terbaik hingga ke garisan penamat dan mengalahkan enam orang pelumba dari negara lain.
Bersamanya dalam pusingan itu, tempat kedua telah dimenangi oleh pelumba dari Trinidad, Nicholas Paul.
Sumber: Bernama