Muncul Di Balai Polis, Anjing Lari Dari Rumah Seakan Buat Laporan Kehilangannya

Sofea

Sarjan Rusty Martin menghadapi kejutan yang tidak dijangka apabila kepala dan kaki anjing tiba-tiba muncul di meja depan kaca jendela di Balai Polis Odessa di Texas.

Walaupun anjing itu tidak kelihatan sedih, dia bagai ‘melaporkan’ dirinya hilang selepas melarikan diri dari pemiliknya apabila dia melihat pintu dibuka.

Menerusi kiriman Facebook yang telah tular dan dikongsikan oleh Jabatan Polis Odessa, kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 itu memperlihatkan anjing campuran jenis husky dan German Shepherd itu melarikan diri dari rumah pemiliknya. Martin berkata anjing itu memakai kolar tetapi tag ID mungkin telah terjatuh.

Pegawai yang bertanggungjawab kemudiannya memanggil perkhidmatan kawalan haiwan untuk datang dan mengimbas microchipnya. Sebelum pasukan tiba, anjing itu melarikan diri dan hilang.

Balai Polis Odessa mengatakan bahawa mereka cuba untuk mencari anjing itu tetapi tidak dijumpai. Keesokan harinnya, pegawai polis mengetahui bahawa anjing itu yang bernama Chico telah kembali kepada pemiliknya, Edward Alvarado.

Alvarado berkata mereka melatih Chico untuk menjadi anjing penjaga di kedai ayahnya. Walau bagaimanapun, nampaknya anjing suka bermain dan tidak mengambil ‘tugas’ dengan serius.

Dia kemudian membawa Chico kembali ke Balai Polis Odessa untuk memberitahu mereka bahawa anjing pintar itu pulang ke rumahnya.

Sumber: Elite Readers