Lain orang lain ujiannya. Begitulah yang dihadapi seorang pemuda berusia 30-an yang kini hidup tak terurus.
Pemuda istimewa bergelar Man ini dikatakan diuji dengan masalah mental dan sering ditemui merayau oleh penduduk tempatan di sekitar Jalan Baharu, Pulau Pinang.
Baru-baru ini, jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu tampil berkongsi kisahnya yang dibantu dua anggota polis berhati mulia. Mereka membantu pemuda itu membersihkan diri di masjid berkenaan di samping memberinya pakaian baru, makanan dan minuman.
Allahuakbar. Manusia istimewa ‘Man’, Allah uji dia dengan masalah mental, ditemui merayau tanpa berpakaian.
Allah hantar dua anggota polis, Tuan Hafiz dan Izzani dari Balai Polis Bukit Tengah. Mulia sungguh dua anggota ni, ternyata tugas polis bukan sekadar menegakkan undang-undang tetapi khidmat kemanusiaan menjulang martabat kepolisan.
’Man’ dimandikan, diberi pakaian dan makan minum di Masjid Al-Hidayah Jalan Baharu.
Terima kasih juga AJK masjid, abang Karim dll yang turut membantu manusia istimewa ‘Man’.
Benarlah sebagaimana kuliah ustaz Sobri Arshad semalam, Al Quran Surah Ar-Rum ayat 40-41, Allah jadikan manusia, Allah juga berikan rezeki dan Allah juga yang mematikan untuk hisab nanti. Kita bagaimana?
Kredit: Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu
Kredit: Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu
Kredit: Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu
Kredit: Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu
Di samping itu, ada juga netizen yang mendakwa pernah terserempak dengan pemuda berkenaan.



Menurut sebahagian mereka, Man, atau turut dikenali sebagai Ucop dalam kalangan rakan-rakan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola sepak suatu ketika dahulu.


Ujian dia, ujian kita juga

Sumber: Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu