Gambar: Mufti Wp

Mufti WP Kongsi Salah Satu Cara Menghilangkan Wabak

Sofea

Dunia pada hari ini diselubungi kebimbangan terhadap wabak COVID-19 yang memperlihatkan angka kematian terus meningkat.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila bilangan kes juga semakin meningkat namun setakat ini masih lagi ditangani dengan baik oleh petugas-petugas kesihatan.

Selain daripada wabak tersebut, terdapat juga wabak-wabak lain yang pernah ‘melanda’ komuniti dunia sebelum ini. Melihat kepada keadaan itu, Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi salah satu cara menghilangkan wabak.

SALAH SATU CARA MENGHILANGKAN WABAK

Dalam perjalanan menuju ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini, saya terbaca nukilan Syeikh Muhammad al-Hassan Walad al-Dedew al-Syanqiti. Beliau menyebut pendapat Imam Ibn Kathir:

“Pada tahun 478H, telah berlaku wabak, penyakit demam dan taun di Iraq, Hijaz dan Syam. Telah mati banyak binatang buas di pedalaman. Banyak binatang ternakan juga mati. Angin yg hitam datang ke kampung, menyebabkan banyak daun pokok gugur. Ia turut membawa panik dan ketakutan.

Khlaifa alMuqtadi bi Amrillah memerintahkan supaya dilaksanakan amar maruf nahi munkar. Alat-alat yang melalaikan (lagha) dipecahkan. Akhirnya taun dan wabak berlalu pergi. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 16/93)

Justeru, marilah sama mentaati Allah dan menjarakkan diri daripada sebarang maksiat. Kita istighfar dan munajat kepada-Nya. Semoga wabak COVID-19 juga berlalu pergi. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan