Gambar: IKN

Mudah Nak Dapat Kerja, Ini Peluang Yang Anak Muda Tak Boleh Lepaskan, 84% Terbukti Telah Berjaya

syafiq halim

Industri kreatif pada hari ini dilihat semakin mendapat perhatian dalam golongan masyarakat Malaysia yang kian sedar akan keunikan sesuatu ‘karya’ yang dihasilkan. Antaranya ialah dalam bidang kraf tangan seperti batik, tenunan, kayu, logam, seramik dan rotan.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, industri ini juga turut melibatkan program pemasaran, kajian dan penyelidikan, pembangunan keusahawanan, pemuliharaan dan pemeliharaan kraf serta latihan. Elemen ini nampaknya sudah cukup membuktikan bahawa industri ini bukanlah sekadar minat dan hobi semata-mata, malah ianya boleh dijadikan sebagai kerjaya seperti yang dipikul oleh ramai orang pada hari ini.

Tambahan lagi, terdapat institusi yang dibangunkan bagi memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam.

Penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) merupakan salah satu inisiatif untuk membangunkan industri kreatif ini seiring dengan kehendak industri pada masa kini. Institut Kraf Negara merupakan institusi pengajian di bawah Kraftangan Malaysia yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta akademik.

Medium membina kerjaya

Tak dapat dinafikan, IKN juga menjadi salah satu medium bagi graduan untuk membina kerjaya mereka dalam bidang ini. Ianya terbukti apabila daripada 2,653 jumlah graduan, terdapat sekitar 84.52 peratus graduan yang berjaya berkhidmat dalam bidang ini. Antaranya ialah sebagai usahawan kraf, bekerja dengan syarikat usahawan industri seperti perkapalan dan perabot.

Tidak cukup setakat itu, graduan yang lahir daripada institut ini turut berkhidmat di sektor kreatif sebagai fashion designer, architecture dan banyak lagi. Selain sektor swasta, institut ini juga melahirkan pekerja di sektor awam sebagai seorang pendidik dan juga pereka.

Ukir nama di peringkat antarabangsa

Tidak terkecuali daripada mengukir nama di peringkat antarabangsa, IKN turut menerima beberapa anugerah dan mengecapi pelbagai kejayaan seperti Anugerah 3rd International Craft Award 2019 di New Delhi India, Worldskills Competition (WSC), Kazan, Russia, Pertandingan Global Skills Challenge Melbourne Australia, Pertandingan Piala Seri Endon anjuran Yayasan Budi Penyayang dan beberapa lagi.

Institut Kraf Negara menawarkan beberapa program pengajian yang boleh disertai oleh individu berminat dalam bidang ini dengan syarat kelayakan berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 35 tahun.

Antara program yang ditawarkan di Institut Kraf Negara adalah seperti berikut:

  • Program Diploma – 3 Tahun (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

  • Program Sijil – 2 Tahun (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

  • Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – 2 Tahun (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak)

Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara 1. Kursus yang ditawarkan: – Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan

2. Syarat Kemasukan: – Berumur 18 hingga 30 tahun, Lepasan SPM/STPM, Wajib Lulus BM dan SEJARAH, Minimum 3 kredit (Diploma), Minimum 1 kredit (Sijil) dan minat dalam seni kraf.

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

1. Kursus yang ditawarkan:

Institut Kraf Negara

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam semua bidang iaitu Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan.

Kampus Satelit Sabah

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam:

  • Jurukraf Rotan Kanan: Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Inanam, Sabah

  • Penyelia Songket & Dastar: Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Kota Belud Sabah.

Kampus Satelit Sarawak

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam:

  • Penyelia Tenun Pua: Tahap 3 bertempat di Betong, Sarawak

  • Penyelia Songket & Dastar: Tahap 1-3 bertempat di Kuching, Sarawak

2. Syarat Kemasukan : – Berumur 18 hingga 35 tahun, boleh menulis dan membaca dan minat dalam seni kraf.

Kemudahan yang ditawarkan oleh IKN pula ialah para pelajar bakal menerima kemudahan asrama, alatan dan bahan bengkel disediakan, elaun sara hidup bulanan, makan dan minum serta insuran perlindungan pelajar.

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan yang telah dibuka dan dibuat secara dalam talian dari 1 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021.

Bagi yang berada di Negeri Sabah, anda boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabatan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di alamat berikut:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah) Blok A, 1 & 2 Lorong Buah Salak, Hiong Tiong Industrial Centre, KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam 88450 Kota Kinabalu Sabah Tel : 088 433 461

Atau

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia No. 66, Kampung Pirasan, Jalan Ranau, 89150 Kota Belud, Sabah Tel : 089 977 718

Bagi individu yang menetap di Sarawak pula, anda tidak perlu khuatir kerana IKN turut membuka peluang kepada warga ‘Bumi Kenyalang’ untuk menyertai mereka di Kampus Satelit Sarawak. Dengan tempoh 2 tahun pengajian, para graduan bakal didedahkan kepada 5 laluan kerjaya setelah tamat belajar. Bagi yang berminat, boleh hubungi pihak IKN Kampus Satelit Sarawak seperti berikut:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak) Lot 3057, Blok 18, Daerah Salak Jalan Stadium, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak Tel : 082-444 205

Bagi sebarang pertanyaan yang hendak diajukan dan bantuan teknikal, anda boleh terus berhubung kepada Unit Hal Ehwal Pelajar, IKN pada maklumat tertera:

Unit Hal Ehwal Pelajar Institut Kraf Negara (Encik Syahrul Nizam / Puan Mariam / Puan Suraya) Telefon : 03 – 6091 5322 Emel : [email protected] WhatsApp : www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman web Institut Kraf Negara, Facebook Institut Kraf Negara (IKN) dan juga Instagram myikn_ pada bila-bila masa.