Tiada Kategori

Muaz Emporium Lancar Jenama Baru Muaz Exclusive

Syamimi

Muaz Emporium Lancar Jenama Baru Muaz Exclusive

Muaz Emporium, peneraju fesyen tempatan sejak 1993, hari ini telah melancarkan jenama terbarunya, Muaz Exclusive, dalam satu majlis di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Jenama baru ini diperkenalkan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong jenama Muaz. Lebih 100 koleksi pakaian mewah mampu milik bakal diperkenalkan, menawarkan pilihan fesyen berkualiti tinggi buat semua.

Muaz Exclusive turut menampilkan Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai duta rasmi, melambangkan aspirasi jenama ini untuk memartabatkan fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi.

“Muaz Exclusive bukan untuk bersaing, tetapi untuk meraikan industry fesyen tempatan. Kami mahu rakyat Malaysia menikmati fesyen premium pada harga mampu milik”

Dengan pelancaran ini, Muaz terus komited memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah jenama fesyen tempatan yang dekat di hati rakyat.