MrBeast Sekali Lagi Raih Perhatian, Bagi Kereta Percuma Sebagai Tip Kepada Pelayan Restoran
Pempengaruh dan YouTuber terkenal Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast sekali lagi meraih perhatian ramai apabila video memaparkan dia memberi sebuah kereta kepada pelayan restoran sebagai tip menjadi tular di media sosial.
YouTuber bernama Jimmy Donaldson yang memiliki pengikut paling ramai di dunia itu telah berkongsikan video tersebut pada Isnin lalu.
Video itu dimulakan dengan MrBeast bertanyakan kepada seorang pelayan bernama Amy tentang tips terbesar yang pernah dia terima sepanjang bekerja. Lalu Amy menjawab bahawa dia pernah mendapat sebanyak USD50 sahaja (RM220).
“Sekitar USD50,” jawabnya.
Kredit TikTokMrBeast bagi tip
“Adakah sesiapa pernah memberi tip sebuah kereta?” tanya MrBeast sambil menghulurkan satu set kunci kereta sedan Toyota berwarna hitam.
Amy yang dilihat beremosi dan tidak percaya, terkejut selepas Jimmy yang berusia 24 tahun membawanya keluar untuk melihat kereta baharunya itu. Kereta itu juga mempunyai logo jenama coklatnya iaitu Feastables yang dicetak di sisi kereta tersebut.
Selain itu, bar coklat Feastables juga terletak di dalam pemegang cawan, manakala logo YouTube MrBeast turut dicetak pada hud kereta tersebut.
Kredit TikTok“Saya benar-benar lewat untuk bekerja hari ini kerana Uber lambat,” kata Amy kepada Jimmy.
“Saya sangat terkejut sekarang. Saya pun tidak tahu memandu,” tambah Amy.
Pergi kerja hanya menaiki Uber
“Amy telah mula bekerja tanpa kereta selama berbulan-bulan, terima kasih kepada anda, kita telah mengubahnya,” kata Jimmy menerusi kapsyen muat naik tersebut yang telah mendapat tontonan lebih 53 juta.
BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai
Kredit TikTok
Kredit TikTokKandungan jenis ini bukan perkara baru kepada Jimmy, yang dilaporkan memberikan sekitar USD3.2 juta (RM14 juta) pada tahun lepas, menurut Insider.
Kadang-kadang rakan dan pengikutnya juga direkrut dalam cabaran untuk kandungan video miliknya.
Pada bulan Januari, Jimmy menjadi tumpuan selepas video yang bertajuk “1,000 Orang Buta Melihat Buat Pertama Kali” telah tular. Video itu memaparkan orang yang buta penglihatan dapat melihat semula selepas menjalani pembedahan.
Namun begitu, ada yang menuduh bahawa YouTuber itu telah membayar pelakon untuk menjalani pembedahan agar dapat menarik perhatian penonton. Tetapi menerusi ciapannya di Twitter, Jimmy mempertahankan keaslian video tersebut.
Sumber: New York Post