MR. TOY Perkenal Konsep Kedai Baharu Di MyTown Shopping Centre
MR. TOY, jenama runcit khusus untuk permainan di bawah Kumpulan MR D.I.Y. Berhad, hari ini memperkenalkan kedai konsep serba baharu di MyTOWN Shopping Centre, Cheras – satu transformasi yang meriah dan penuh imaginasi untuk menggembirakan kanak-kanak, ibu bapa serta peminat permainan yang berjiwa muda.
Dilancarkan pada tahun 2019, MR. TOY telah membina pengikut setia menerusi pelbagai pilihan permainan yang berkualiti, pada harga yang berpatutan.
Kedai konsep baharu ini mengekalkan asas tersebut, namun memperkenalkan susun atur dan gaya baharu yang menarik – lebih seronok dan menarik, dan disusun mengikut zon bertema untuk mencetuskan imaginasi dan menjadikan pengalaman membeli permainan menyeronokkan dan intuitif.
Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk menarik, dari figura koleksi dan anak patung gebu hingga ke robot, kereta kawalan jauh, kotak kejutan misteri serta kelengkapan parti – merangkumi pelbagai kategori permainan.
Rekaan baharu ini memudahkan pelanggan mencari sesuatu yang istimewa untuk setiap jenis permainan.
Mengiktiraf hakikat bahawa permainan tidak mengenal usia, MR. TOY juga meraikan ‘kidult’ – golongan dewasa yang meminati permainan, pengumpul koleksi permainan dan yang gemar mengimbau nostalgia.
“Versi baharu MR. TOY ini bukan sekadar sebuah kedai permainan – ia adalah ruang di mana imaginasi menjadi nyata.
“Sama ada anda seorang kanak-kanak, ibu bapa, atau sekadar berjiwa muda, kami telah mencipta ruang yang menyeronokkan, menginspirasikan dan penuh kejutan.
“Ia mencetuskan kegembiraan, merangsang kreativiti, dan mencipta kenangan – semuanya pada harga berpatutan yang sentiasa kami tawarkan kepada pelanggan,” kata Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y.
Bagi meraikan pembukaan kedai konsep baharu ini, MR. TOY menganjurkan Acara Pembukaan Istimewa selama empat hari dari 3 hingga 6 Julai 2025 di premis mereka di MyTOWN, menampilkan:
Misi CEO Mini – Ambil gambar, kongsikan di media sosial, dan berpeluang menjadi CEO kehormat MR. TOY.
Sudut Yum Yum – Nikmati aiskrim atau gula kapas percuma dengan setiap pembelian!
Hadiah Dengan Pembelian – Belanja minimum RM50 dan bawa pulang patung ikan lumba-lumba boleh ditiup dan beg jerut eksklusif.
Tarik & Menang– Belanja RM50 ke atas untuk dapatkan lolipop – tarik lolipop untuk mengetahui hadiah tersembunyi.
Patung Gebu Dino DIY – Tunjukkan kreativiti anda dan hasilkan patung dino anda sendiri dengan pembelian minimum RM100.
Dengan 59 cawangan di seluruh negara, MR. TOY merupakan salah satu tonggak utama dalam keluarga jenama runcit Kumpulan MR D.I.Y. yang semakin berkembang, termasuk MR. D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. D.I.Y. Express, MR. D.I.Y. PLUS dan EMTOP.
Produk terpilih MR. TOY juga boleh didapati di cawangan MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mrtoy.com.my atau ikuti MR. TOY di Facebook, Instagram dan TikTok. Pelanggan juga boleh membeli produk MR. TOY secara dalam talian melalui www.mrdiy.com.my.