MPSJ, MPKL Pulangkan Wang Permit Bazar Ramadan

Aina

Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini, pihak Majils Perbandaran Kuala Langat menerusi Facebook memberitahu akan memulangkan semula wang bayaran permit Bazar Ramadan kepada para peniaga.

Tindakan itu diambil selaras pengumuman Kerajaan Negeri Selangor berkenaan pembatalan bazar dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

Proses pemulangan semula (refund) akan dilaksanakan kepada peniaga yang telah menjelaskan wang bayaran permit Bazar Ramadan dengan melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan melalui pautan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan mengenai proses pemulangan, para peniaga boleh menghubungi, Jabatan Pelesenan, MPKL pada waktu pejabat bermula 15 April 2020 memlalui talian 03-31872825 ext: 116/150.

Dalam pada itu, pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya juga memaklumkan pemulangan wang bayaran permit bazar melalui portal rasmi mereka.

Sumber: Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat