MP Sepang Senaraikan Kawasan-Kawasan Ops Sanitasi Awam By Edayu 15 April 2020 1:34am Berita Menerusi kiriman daripada laman Facebook Majlis Perbandaran Sepang telah berkongsi beberapa daerah di Sepang yang akan disanitasikan bermula pada 15 April hingga 22 April 2020.Berikutan penularan wabak Covid-19, satu Ops Sanitasi Awam akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sepang bersama beberapa agensi utama iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Sepang (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.Tujuan Ops Sanitasi Awam yang akan dijalankan adalah memfokuskan di kawasan-kawasan tumpuan awam, kaki lima pusat perniagaan/komersial dan persekitaran yang berpotensi.Berikut merupakan masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sepang yang bermula pada hari ini 15 April hingga 22 April 2020.Maklumat dibawah merupakan kawasan yang akan disanitasikan untuk membendung wabak Covid-19. Rata-rata kawasan yang perlu disantasi merupakan kawasan tumpuan ramai.Sumber: Majlis Perbandaran Sepang