MOP KLIA Menyokong Wanita B40 Ramadan Dan Aidilfitri Tahun Ini Menerusi Kolaborasi Dengan Komuniti Tukang Jahit
SEPANG, 29 Mac 2024 – Semangat Ramadan merangkumi komitmen yang mendalam terhadap keimanan, belas kasihan, kerendahan hati, dan khidmat kepada orang lain. Satu perkara yang amat ditekankan pada masa ini adalah pentingnya rasa belas kasihan dan hati yang pemurah terhadap mereka yang memerlukan.

Menghayati intipati perayaan ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah barangan kilang berjenama Jepun menyokong wanita B40 melalui kerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ). KTJ berhasrat untuk membantu komuniti wanita B40 dengan menangani isu berkaitan kemiskinan, ketidaksamaan jantina, dan jurang sosial dan ekonomi di Malaysia. Organisasi ini memberi peluang kepada wanita B40 untuk memperoleh pendapatan yang stabil sambil melaksanakan komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab mereka, dengan memberikan mereka kemahiran jahitan yang diperakui.

Menerusi kerjasama MOP KLIA dengan KTJ, pembeli kini boleh menebus kantung dompet eksklusif bercorak Batik buatan tangan yang dihasilkan oleh wanita B40 yang berkemahiran, dengan pengumpulan minimum 500 mata ganjaran melalui Aplikasi Mitsui Shopping Park MY. Tempoh penebusan bermula dari 6 hingga 7 April 2024, berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan sah sementara stok masih ada.
TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd menegaskan komitmen MOP KLIA yang tidak berbelah bagi untuk peningkatan komuniti. Dengan semangat Ramadan, MOP KLIA merebut peluang untuk menghulurkan bantuan kepada wanita B40, menunjukkan dedikasinya terhadap tanggungjawab sosial dan atas dasar belas kasihan.

“Kami bersungguh-sungguh melibatkan diri dengan pelbagai organisasi, memperluaskan sokongan kami di mana mungkin. Dalam memupuk semangat kemasyarakatan, kami juga mahu mencipta pengalaman yang memperkayakan untuk pembeli yang dihargai,” tambahnya.
Kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri terletak pada kemeriahan perayaan yang berwarna-warni. Itulah sebabnya MOP KLIA telah berubah menjadi Syurga Tropika, lengkap dengan set taman yang mempesonakan, untuk membangkitkan semangat Raya yang Mekar di kalangan pembeli.

Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, MOP KLIA memberi ganjaran kepada pembeli dengan keistimewaan eksklusif, di mana pembeli boleh memenangi hadiah seperti periuk tekanan elektrik, mesin espreso, penggoreng kering dan banyak lagi; tebus paket hijau edisi terhad dan barangan MOP KLIA, dan baucar tunai Duit Raya eksklusif melalui Aplikasi Mitsui Shopping Park MY.
Di samping suasana yang menggembirakan, MOP KLIA telah menyusun pelbagai bengkel bertemakan Raya yang menarik dan dijadualkan pada hujung minggu terpilih, bermula 23 Mac 2024, serta barisan persembahan yang menawan setiap hujung minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula 30 Mac 2024. Pembeli dijemput untuk mendalami sepenuhnya suasana perayaan dengan menyertai bengkel-bengkel yang menarik ini dan menikmati persembahan yang serba meriah.

MOP KLIA terletak di lokasi strategik hanya 8 minit dari Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dan kira-kira 45 minit dari Pusat Bandar KL. Pusat beli-belah ini boleh diakses dengan mudah melalui pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara Selatan Lebuhraya Central Link, dan NKVE. Untuk ke MOP KLIA juga mudah kerana terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.
Untuk informasi selanjutnya mengenai tawaran, promosi dan aktiviti di MOP KLIA yang seterusnya, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau http://www.facebook.com/MOPKLIA.