Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah didapati positif COVID-19 selepas membuat ujian RT-PCR.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter rasmi beliau, Muhyiddin berkata beliau hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik.
”Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” kata beliau.
Beliau juga memohon kepada sesiapa yang menjadi kontak rapatnya untuk mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.
“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.
“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Sumber: Muhyiddin Yassin