Hampir 50 ribu permohonan syarikat untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditolak oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menerusi status terkini pemprosesan permohonan syarikat untuk beroperasi, sebanyak 121,198 jumlah permohonan telah dihantar kepada MITI setakat Rabu (29 April 2020) jam 4 petang.
Daripada jumlah tersebut, 42, 328 permohonan telah diterima manakala 46, 139 permohonan telah ditolak kerana tidak menepati kelulusan.
Selain itu, 10,033 permohonan berada dalam rayuan dan jumlah selebihnya iaitu 22, 698 permohonan sedang diproses.
Sebelum ini, MITI telah memberi kelonggaran kepada sektor perkhidmatan tertentu untuk beroperasi semula secara berperingkat di dalam tempoh PKP.
Namun, hanya sektor ekonomi tambahan terpilih saja dibenarkan beroperasi tertakluk kepada kelulusan dan protokol kesihatan serta keselamatan.
Antaranya industri automotif, mesin dan peralatan, aeroangkasa, projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional berdaftar, perkhidmatan kedai ‘hardware’, barangan elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dobi (bukan layan diri).
Sumber: MITI Malaysia