MITI Pelaburan Diluluskan
Gambar: Bernama

MITI Sasar Pertumbuhan Pelaburan Diluluskan 5 Peratus Pada 2025 – Tengku Zafrul 

Iqbal Yasir

MITI Sasar Pertumbuhan Pelaburan Diluluskan 5 Peratus Pada 2025 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024, yang tertinggi pernah direkodkan.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran itu ditetapkan sejajar dengan jangkaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini pada 4.7 peratus.

“Sasaran itu ditetapkan selepas MITI mengambil kira situasi geopolitik dan perdagangan yang mengganggu rantaian bekalan dan menilai semula perkongsian global serta kemajuan teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), dan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang membentuk semula industri,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan prestasi pelaburan negara dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.

Beliau juga berkata peningkatan pelaksanaan dasar dan subsidi yang dipacu kerajaan ketika negara-negara membangun bersaing untuk menarik pelaburan dan membina industri utama dan dorongan global bagi kemampanan telah mempengaruhi landskap ekonomi dan perniagaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Kini Sertai Politik Turkiye

BACA: Seorang Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Tanah Merah