Apabila bercakap tentang senyuman, perkara utama yang terlintas dalam fikiran kita adalah keikhlasan, ketenangan dan kegembiraan sehingga boleh membawa kepada. Ia terdiri daripada satu isyarat melengkung mulut, melenturkan 17 otot disekelilingnya termasuk bahagian mata. Namun, disebalik senyuman yang terukir di bibir seseorang membawa maksud tersirat yang sukar dijelaskan pada pandangan mata kasar. Berbeza pula dengan senyuman sardonik yang dipercayai boleh membawa kepada kematian.
Apa itu senyuman sardonik?
via GIPHY
Mengikut para penyelidik Itali, senyuman sardonik merupakan satu senyuman pahit atau dipanggil senyuman sinis. Kajian juga mendapati senyuman sardonik berlaku akibat penyakit tetanus iaitu bakteria yang menyebabkan kontraksi yang kuat dalam otot dan bahagian mulut pesakit menunjukkan giginya seolah-olah tersenyum.
Sekiranya anda pernah membaca komik DC Joker, pasti anda terbayang-bayang dan memikirkan ungkapan beliau ”Sardonic Grin” iaitu senyuman yang ditarik diantara gigi sama seperti yang dilihat dari filem bersiri pembunuhan.
Asal Usul Senyuman Sardonik
Pada zaman dahulu, seorang lelaki menjumpai sebuah rumput atau dalam bahasa Latin disebut sebagai “lambang sardonica’. Lelaki itu bertindak untuk makan rumput tersebut dan tidak lama kemudian beliau jatuh sakit lalu mati dalam keadaan yang mengejutkan orang ramai. Tubuh badan lelaki itu terseksa teruk akibat daripada otot-ototnya yang kejang selepas makan rumput tersebut. Tidak lama selepas itu, senyuman muncul di mukanya akibat daripada kelumpuhan dan kekejangan otot pada bahagian mukanya. Tumbuhan yang dimakan oleh beliau dipanggil sardonik dan orang ramai memanggil lelaki tersebut ”senyuman di muka laut”.
Ahli Kimia Organik dari Universiti Degli Studi del Piemonte Orientale, Itali iaitu Giovanni Appendino menemui satu jenis tanaman yang mengandungi ramuan beracun. Apabila tanaman ini digunakan pada orang yang telah meninggal raut wajahnya seakan-akan seperti tersenyum. Tumbuhan ini dinamakan Hemlock water-dropwort (Oenanthea crocata). Perkataan ‘oenanthea’ berasal dari bahasa Yunani iaitu anggur dan ‘anthos’ iaitu bunga kerana bunga yang tumbuh dari tanaman ini sama seperti anggur. Tumbuhan tersebut tumbuh liar di kawasan pulau Sardinia dan digunakan dalam ritual kematian sardinia purba.
Sumber : GoogleTanaman berwarna putih ini dinamakan tanaman sardonik. Tanaman ini tumbuh di kawasan lembab kebanyakannya di beberapa kawasan Itali. Walaupun dilihat tanaman ini mempunyai rasa yang manis, namun setelah dibuat kajian tanaman ini mempunyai racun yang sangat berbahaya.Namun begitu, daun pada tanaman ini dapat digunakan oleh haiwan, tetapi pada bahagian batangnya pula mengandungi racun.
Tanaman beracun ini digunakan dengan pelbagai tujuan yang tidak baik. Ia dilihat seperti perkara yang tidak bermoral. Misalnya, Hemlock ini telah digunakan oleh orang Phoenicians iaitu dari sardinia kuno bagi memusnahkan orang tua, dibunuh dengan dijatuhkan dari batu tinggi dan dipukul sehingga mati.Kebiasaanya, ramuan tanaman itu diletakkan dalam minuman orang tua. Kemudian, setelah minuman itu memberi kesan racun kepada orang tua itu, beliau akan dibunuh dengan pelbagai kaedah.
Warisan Sardonik Grin
Senyuman sardonicus telah mewujudkan beberapa kes keracunan iaitu tetanus atau keracunan strychnine. Oleh itu, keracunan hemlock tidak mempunyai kaitan dengan istilah sardonik grin pada hari ini. Walaubagaimanapun, istilah ini telah kekal lama sebagai pepatah vernakular dengan situasi yang berbeza yang berkaitan sejak abad ke-8 masihi.
Pada masa kini, istilah senyuman ”sardonic grin” telah banyak digunakan iaitu menggambarkan sebuah kesedihan yang dialami oleh seseorang. Ia memberi gambaran seperti senyuman yang tidak pernah sampai ke mata, seolah-olah seperti senyuman yang tergantung. Justeru, senyuman tersebut kelihatan seperti memaksa dan menyakitkan dan agak tidak sesuai untuk dilihat oleh orang ramai.
Satu kajian telah dilakukan dalam”Journal of Natural Products” yang menyatakan sesetengah orang tidak mempercayai kesan racun daripada tumbuhan itu boleh merosakkan dan menimbulkan senyuman sardonik dari Homer. Menurut Ulama Yunani Zaman Purba iaitu Donald Lateiner, beliau hanya mengatakan “Konsep yang baru dicadangkan adalah wajar tetapi tidak dapat dibuktikan”. Namun begitu, lain pula pandangan mereka ke arah masa lalu ke masa depan. Para penyelidik mengatakan bahawa bahan kimia beracun yang terdapat pada tumbuhan sardonik itu boleh digunakan dalam kaedah perubatan. Sifat yang terdapat pada tumbuhan tersebut boleh meredakan luka yang dalam dan merehatkan kesihatan yang dialami oleh seseorang.
Kredit : Ancient OriginsSeseorang yang diracuni tidak semestinya datang daripada tumbuhan hemlock. Walaupun tumbuhan ini seakan-akan sama dengan parsnip ramai menggunakan tumbuhan hemlock dalam ramuan masakan. Hemlock mempunyai rasa pahit sesuai dengan cita rasa masyarakat dahulu. Daun dan akar hemlock mempunyai struktur yang agak lembut, namun di bahagian akhir batang sedikit keras. Mereka berpendapat bahagian daun dan akar tidak mempunyai kesan racun. Namun begitu, mustahil orang tua yang minum daun hemlock secara tiba-tiba tidak bertenaga dalam melakukan sebarang kerja.
Ritual membunuh
Pada abad ke-8 sebelum Masihi, Homer, seorang pujangga yang terkenal menggunakan istilah “sardonic grin” atau ”senyuman sardonic” dalam beberapa karyanya. Istilah yang digunakan oleh Homer tersebut merujuk kepada ritual pembunuhan yang pernah dilakukan di Kepulauan Sardinia sejak beberapa ribu tahun dahulu di mana mayat menunjukkan ekspresi muka dengan senyuman sardonik.
Menurut kajian yang telah dibuat, Kepulauan Sardinia pada masa lampau hanya menumpukan pada orang tua di mana mereka akan dipaksa untuk minum ramuan sardonik lalu dibunuh dan membuangnya ke dalam jurang dengan penuh penyiksaan.
Orang tua yang telah mati diseksa akan menjadi mayat dan membuatkan kita berasa merinding. Namun, apabila dilihat mayatnya tersenyum, itu lagi seram bukan? Begitu lah mayat-mayat di Kepulauan Sardinia yang dijumpai sedang tersenyum menunjukkan tanda yang hairan kepada orang ramai sehingga kini.
Cerita senyuman sardonik dari Homer sangat popular dan menjadikan ramai masyarakat begitu terinspirasi menulis satu komik dengan jalan cerita yang sama seperti yang pernah berlaku di Kepulauan Sardinia pada abad yang lalu. Contoh buku yang laris di pasaran adalah seri komik batman. Penulis komik ini menulis kisah Joker dengan senyuman sardonik nya membuat mangsanya sehingga tidak sedar. Tanpa disedari, mangsanya yang tidak sedar itu menunjukkan senyuman seperti sardonik seakan-akan seperti senyuman iblis.
Rujukan:
(1) Riley Winterks (2020) The Disturbing Truth Behind a Sardonic Grin. Sumber dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/ancient-method-forced-euthanasia-disturbing-truth-behind-sardonic-grin-021658
(2) Facts-Newa.Org (2020) Definisi Smile. Sumber dipetik daripada https://ms.facts-news.org/definisi-smile
(3) Tia Agnes (2020) DC Goda Pembaca di Trailer Batman: Three Jokers yang Lebih Menakutkan. Sumber dipetik daripada https://hot.detik.com/book/d-5148464/dc-goda-pembaca-di-trailer-batman-three-jokers-yang-lebih-menakutkan
(4) Ulfsciences (2020) Tumbuhan Yang Dihasilkan Ritual Kematian-Senyum Mendapatkan Homer Frasa Rapi. Sumber dipetik daripada https://ms.ulfsciences.com/plant-that-produced-ritual-death-smiles-may-ve-given-homer-neat-phrase-57116
(5) Agielopedia (2014) Sardonic Smile. Sumber dipetik daripada https://belajarerokerok.wordpress.com/tag/sardonic-smile/