‘Miss Everything’ Mohon Maaf Jarang Aktif, Akui Tengah Bercinta, Akan Kembali Kalau Hati ‘Hancur’ Nanti
Pada zaman teknologi ini, untuk menjadi seorang yang dikenali tidak lagi memerlukan proses yang lama. Dengan adanya pelbagai platform media digital seperti Instagram, Facebook, Twitter dan aplikasi paling hangat, Tik Tok, siapa sahaja mampu menjadi terkenal jika kena dengan caranya.
Bercakap soal terkenal, ataupun pempengaruh media sosial, siapa je yang tidak mengenali ‘Miss Everything’ atau nama sebenarnya Erika Camata. Wanita ini sebelum ini meraih perhatian seantero dunia dengan tagline-nya ‘hi everything‘. Selain tagline yang unik, ramai juga sebenarnya kagum dengan keyakinan dirinya bercakap di depan kamera walaupun tidak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.
Seiring berjalannya waktu, namanya semakin disebut-sebut oleh orang ramai dan sehingga kini Erika telah berjaya meraih 4.6 juta pengikut di Tik Tok, 624 ribu pengikut di Facebook dan 881 ribu subscribers di You Tube. Disamping itu, dia juga dilihat semakin berbeza dari hari ke hari dari segi penampilan dan sebagainya.
Terkini, melalui satu hantaran di Facebook, dia berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya disebalik kurangnya kemunculan di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, dia kini tidak aktif kerana sedang bahagia setelah menemui cinta dan dalam fasa hubungan dengan seseorang. Oleh itu, dia ingin memohon maaf kepada semua pengikutnya kerana sudah sekian lama tidak berkongsi kandungan-kandungan kreatif baharu.
Bagaimanapun, dia berjanji akan ‘kembali’ semula seandainya percintaan itu gagal dan dia berada di fasa ‘patah hati’ atau hatinya hancur nanti.
“Sorry for not posting too much these days. I’m in Love . I’ll be back when I’m heartbroken. Bye Lonely people, ” tulisnya.
Terdahulu, memetik laman berita Push, Erika juga berjaya menarik perhatian ramai apabila semakin hari, dia semakin kelihatan menawan dipercayai selepas melakukan beberapa pembedahan kosmetik.
Antara senarai prosedur yang dia lalui adalah rawatan pembetulan volum wajah, dahi barbie, mata, dagu, pipim rahang dan beberapa lagi proses rawatan dan pembedahan wajah yang dia lakukan.
BACA: Bekas Dah Tutup Ketat, Tapi Tetap Ada ‘Bubuk’ Merayau? Rupanya Macam Ni Kutu Beras Muncul & Cara Nak Basmi
Sumber: Facebook, Push