Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga bernasib baik. Di Filipina, seorang pelajar terpaksa menggunakan daun pisang untuk dijadikan kertas bagi menulis nota.
Hal ini dikongsikan oleh seorang guru, Arcylin Balbin Azarcon LPT di Facebook miliknya.
Menurutnya, ketika dia meminta pelajar menyalin nota di papan, dia mendapati salah seorang daripada pelajarnya menggunakan daun pisang untuk mencatat nota.
“Selepas menulis di papan, saya berjalan keliling (kelas) dan melihat anak ini menulis di atas daun pisang dan bukannya buku nota.”
Ketika beliau sedang memeriksa hasil kerja pelajar lain, murid tersebut tampil meminta guru berkenaan memeriksa ‘kertasnya’.

Justeru, beliau menasihatkan agar pelajar yang mempunyai buku nota agar berusaha mencatat nota, bukan sekadar mengambil gambar.



Sumber: Arcylin Balbin Azarcon LPT