Kuasa viral memang ‘real’. Tular di media sosial menjejaki pemilik surat penggilan haji daripada Lembaga Tabung Haji yang bernama Che Pah Zainon yang dikatakan sudah tidak lagi mendiami mereka sekeluarga.
Bagaimanapun, sikap terpuji penyewa dan rakannya itu sangat bertanggungjawab sehingga keluarga Che Pah atau lebih dikenali sebagai Mak Nab mengetahui surat panggilan tersebut.
Menurut Sollehan Zainuddin semasa dihubungi pihak SK memberitahu bahawa dia hanya membantu rakannya mencari pemilik surat tersebut, tidak menyangka rata-rata orang ramai sudi menolongnya dan rakan.
Akhirnyaa pertemuan bertaut jua.
Semoga urusan haji Mak Nab dipermudahkan dan dapat haji yang mabrur. Semoga mak saya pon bertuah dapat kerjakan haji macam maknab, insyaAllah amin.

“Pukul 4 pagi hari yang viral tu, anak perempuan Mak Nab menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp, itu pun dapat tahu dari Facebook. Sebelum-sebelum tu, jiran Mak Nab dah hubungi saya,” katanya lagi.
Jelasnya, tuan rumah tidak mengenali Che Pah kerana mereka hanya tahu nama samaran Che Pah iaitu Mak Nab.
“Bila dapat maklumat tentang Mak nab, dengan segera saya pergi menghantar surat tersebut kerana saya mahu melihat sendiri riak wajah kegembiraannya menerima surat itu selepas sekian lama menunggu.”
Akhir perbualan, dia meminta untuk orang ramai menghentikan pencarian ini kerana ianya sudah selesai. Dia juga memohon untuk rakyat Malaysia mendoakan dirinya dan keluarga dipermudahkan urusan dunia akhirat dan permudahkan perjalanan ibunya untuk buat haji juga.
Sumber: Sollehan Zainuddin