
Mirza Firdany Dilapor Hilang Sejak Semalam
KUALA LUMPUR — Seorang remaja lelaki dikenali sebagai Mirza Firdany Mohd Faizal dilaporkan hilang sejak petang semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi rap Altimet yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya menerusi satu hantaran di platform X.
Sedikit maklumat mengenai remaja terbabit, dia mempunyai ketinggian 182 sentimeter (cm) dengan berat 62 kilogram (kg) dan berkulit cerah atau kemerahan serta berambut pendek (beralun).
Menurut Altimet, Mirza merupakan anak kepada rakannya dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Mirza Firdany diminta memberikan maklumat atau berkaitan dengan menghubungi bapa mangsa Mohd Faizal di talian 60193785022.
Sumber: X @altimet