Baru-baru ini, ada seekor kucing yang mula mendapat perhatian umum kerana mempunyai wajah yang iras-iras watak movie Shrek 2 iaitu ‘Puss In Boots , lapor Daily Mail.
Kucing yang diberi nama Pisco The Cat itu tinggal di New York bersama tuannya. Sehingga kini, ia telah meraih lebih 600 ribu pengikut di laman Instagramnya iaitu @pisco_cat.
Pisco dikatakan mempunyai bulu yang berwarna kuning seperti kunyit, mata ‘seolah-olah merayu’ yang sangat sama dengan watak Puss in Boots daripada Filem Shrek 2.
Gambar-gambar yang dimuat naik di laman media sosial kucing itu memperlihatkan wajahnya yang sangat comel dengan kostum dan suka bermanja dengan tuannya.

Tuan Pisco pernah memuat naik ruangan soalan (Q&A) di Instagram kucing itu, dan dia pernah memberitahu bahawa kucing tersebut dulunya sangat penakut dan tidak gemar orang memegangnya tetapi kini kucing itu semakin jinak.

Sumber: Daily Mail