Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menerusi kenyataan media mengumumkan harga runcit bagi produk petroleum bagi tempoh 7 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020.
Menurut kenyataan media tersebut, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter; harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter; dan harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter.
Sumber: MOFMalaysia, Treasury.gov