Minta Idea Cakap "Nak Berak" Versi Sopan, Berdekah Baca Respon Netizen
Dalam dunia maya sekarang, macam-macam hal boleh jadi 'isu'. Kadang-kadang, perkara paling biasa dalam hiduplah yang paling susah nak diluahkan.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pengguna Threads mencuri perhatian ramai dengan satu soalan ringkas, tetapi cukup menghiburkan.
Permintaannya mudah sahaja, namun berjaya membuatkan ribuan netizen berhenti skrol dan terus 'berkampung' di ruangan komen.
Simple je tapi ramai boleh "relate"
Lebih menarik, isu yang dibangkitkan bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah situasi yang hampir semua orang pernah alami, cuma mungkin jarang dibincangkan secara terbuka dan tanpa berlapik.
How nak cakap "nak berak" tapi dalam version sopan?
Ke nak cakap "Sorry, saya rasa bukaan saya dah 4cm ni"?
"I dah rasa macam tajamlah hujung-hujung..."
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang keemasan itu. Macam biasa, bukan netizen Malaysia kalau tak menghiburkan dunia maya.
Ada yang betul-betul serius membantu, ada juga yang jelas 'melepaskan dendam lama' dengan permainan kata-kata.
Hasilnya? Memang tak kering gusi membaca satu per satu cadangan yang ditinggalkan.
Macam terlebih sopan, "nak berak" versi netizen jadi tumpuan
Daripada ayat bersahaja, bahasa sastera sehinggalah kiasan puitis yang "over", semuanya dihimpunkan di ruangan komen.
"Aku nak melabur jap."
"Maafkan saya, saya macam dah rasa bentuk."
"Ada misscall dari toilet, kindly let me answer it first. Thank you."
"Izinkan saya membawa diri sebentar untuk beristinjak. Ada yang dah keluar tapi bukan duit."
"Aduhai tidak berdaya lagi ku untuk menahan getaran ini, ia bagaikan meronta meminta dilepaskan. Bau yang bakal terbit bakal menusuk hidung, laksana asap hangit dari dapur tua, memaksa aku berlari ke tandas secepat kilat."
"Maafkan saya tuan hamba, izinkan hamba beristinjak sebentar di hujung sana mengeluarkan molekul berat yang mengusik jiwa. Lantas mengambil batu tanda jadi dan berlalu pergi."
"Andai perut ini berperang, biarlah hamba berundur sebentar di medan sunyi. Kerana hanya di situlah sebuah beban dapat dilepaskan dengan cukup bermaruah."