minta edit gambar
Kredit: zharifiqbalofficial

Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi

Telefon pintar kini menjadi peranti yang sangat penting kepada semua orang. Manakan tidak, ia bukan sahaja menjadi alat komunikasi tetapi mempunyai pelbagai ciri dan aplikasi yang memudahkan urusan seharian.

Bahkan, telefon pintar juga mempunyai ciri kamera yang sangat canggih, setanding dengan kamera fizikal.

Bersama-sama revolusi kamera telefon pintar ini, wujud juga pelbagai aplikasi suntingan gambar dan video. Orang ramai tidak lagi perlu bergantung kepada komputer riba semata-mata.

Maknanya, kita semua boleh belajar sendiri menyunting gambar dan video di telefon masing-masing.

Edit gambar ni macam dato-dato

Jika dilihat menerusi media sosial, ramai yang telah menunjukkan bakat masing-masing dalam menyunting gambar.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads telah meminta netizen untuk menyunting gambarnya.

"Korang boleh tak edit gambar ni macam dato-dato," katanya.

Menerusi kiriman itu, @zharifiqbalofficial memuat naik sekeping gambar yang memaparkannya bersama rakannya.

Kredit: zharifiqbalofficial

Seperti biasa, netizen 'menjalankan tugas' mereka seperti yang diminta. Namun, bersiap sedialah dengan hasilnya.

Kredit: dee_dee_jacko
Kredit: arashihi._
Kredit: naichaliau
Kredit: 104_42n1
Kredit: mihcreativeart
Kredit: rashidi_rahim_rick
Kredit: nrsraaaa_
Kredit: mannn_4kimi
Kredit: 360videoboothmurah

Ramai yang terhibur melihat hasil-hasil suntingan gambar tersebut.

"Aku tak sanggup la comment section kat sini"

"Papa nak kau ambik alih syarikat riak holding ni"

"Dah macam YB turun padang"

"Ruang komen tidak mengecewakan"