
Minta Cadang Nama “Hashtag” Majlis Perkahwinan, Lain Pula Jadinya
Merancang majlis perkahwinan sendiri sememangnya membuatkan hati menginginkan pelbagai perkara. Apatah lagi kemungkinan untuk berada di atas pelamin sebagai raja sehari cuma seumur hidup sekali.
Keterujaan merancang hari bahagia hadir bersama kreativiti dan harapan agar majlis menjadi kenangan terindah.
Daripada pemilihan tema sehingga perincian kecil, setiap keputusan dibuat dengan niat mencipta suasana bermakna buat pasangan, keluarga dan tetamu yang hadir meraikan cinta mereka.
Keterujaan yang sama turut dirasai seorang pengguna Thread @my.put yang menginginkan keistimewaan buat majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Berhasrat untuk memiliki tanda pagar (hashtag) tersendiri bagi majlis yang dinanti-nanti, gadis tersebut meminta cadangan daripada warga maya.
“Perlukan bantuan untuk dapatkan hashtag yang unik buat perkahwinan saya nanti.
“Nama saya, Puteri. Nama pasangan, Ikhwan. Tolonglah dah tiga hari fikir,” pinta gadis berkenaan.

Tidak disangka, permintaan tersebut menerima pelbagai reaksi. Kreativiti serta jenaka warga maya sememangnya tidak pernah mengecewakan.




Di ruangan komen, warga maya tak kering gusi membaca cadangan-cadangan yang dikemukakan.
“Serious komen-komen sini paling lawak. Nak baca semua tak larat nak gelak,” ujar warga maya.
“Tolonglah jangan tanya orang Malaysia,” kias seorang lagi.
“Terima kasih menceriakan hari saya. Harap boleh pilih hashtag yang terbaik,” ucap yang lain.
Sumber: Thread @my.put