Wilayah Mindanao di Filipina digegar gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tepat pukul 11:29 malam sebentar tadi.
Maklumat itu dilapor oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan.
Menurut MET Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 9.1 darjah utara dan 126.8 darjah timur dengan kedalaman 58 kilometer.
Dalam pada itu, ia berlaku pada 59 kilometer timur ke arah Gingoog City, Filipina. Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: MET Malaysia