Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menumbuk seorang lelaki mabuk semasa dalam pesawat yang dinaikinya gara-gara hilang sabar selepas diprovok banyak kali, lapor TMZ Sports.
Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira 10:30 malam itu terjadi semasa pesawat berkenaan baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang San Fransisco menuju ke Florida.
Difahamkan, menurut saksi kejadian, segalanya bermula apabila Mike yang menaiki pesawat berkenaan bersikap dingin dengan mereka dan juga penumpang lain.
Jelas saksi, ketika itu, salah seorang penumpang lelaki yang duduk di belakangnya berasa begitu teruja setelah melihat keberadaan legenda tinju tersebut.
Lelaki mabuk itu cuba untuk berswafoto dan bercakap dalam keadaan dekat di telinganya, namun malangnya Mike mula berasa muak dan rimas dengan tindakan lelaki tersebut.
Pada mulanya Mike menasihati lelaki berkenaan untuk berehat daripada mengganggunya, namun individu itu sebaliknya berdegil dan tidak mahu menuruti permintaannya.
Justeru akibat bengang, Mike akhirnya bangun dan melepaskan satu tumbukan padu ke arah muka lelaki terbabit serta-merta hingga menyebabkan dahinya berdarah.
Selepas ‘puas’ menumbuk, Mike terus keluar dari pesawat tersebut sebelum dihubungi pihak polis berkenaan kejadian tersebut.
Dalam masa sama, penumpang lelaki mabuk yang dipercayai terlibat dalam insiden itu akhirnya ditahan oleh anggota Jabatan Polis San Fransisco.
Difahamkan, lelaki mabuk tersebut hanya mengalami cedera ringan, namun dia enggan memberi kerjasama lanjut berhubung siasatan polis.
Sumber: TMZ Sport