Jabatan Meterologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 negeri di Malaysia. Negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi dan dijangka berlarutan sehingga jam empat petang. Pengguna jalan raya terutama sekali penunggang motosikal, rancang perjalanan anda sebaik mungkin dan berhenti jika hujan terlalu lebat sehingga menghalang penglihatan untuk menunggang.

Sumber: MetMalaysia