Gambar: CDC

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini

Sofea

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang dijangka akan berlaku sehingga pada hari ini.

Antara negeri yang akan mengalami ribut petir pada sehingga jam 5 petang ialah Perlis. Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim). Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar). Pahang (Raub dan Bentong).

Selangor (Hulu Selangor). Johor (Mersing dan Kota Tinggi). Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) Limbang.

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat. Labuan.

Manakala, jam 6 petang pula akan melibatkan kawasan di negeri Perak (Batang Padang dan Muallim). Pahang ( Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Temerloh). Selangor (Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat). WP Kuala Lumpur. Negeri Sembilan (Seremban). Johor (Batu Pahat).

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak berada di kawasan yang terbuka.

https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/2827552707294674/?type=3&theater

Sumber: Malaysian Meteorological Department