Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 dan 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Selangor: (Hulu Selangor dan Gombak)
Bagi kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam pula adalah seperti berikut:
Sarawak: Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia