metmalaysia luruan monsun
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun 

Iqbal Yasir

MetMalaysia Keluarkan Amaran Luruan Monsun

Jabatan Meoteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran luruan monsun yang dijangka berlaku pada 25 Disember hingga 29 Disember ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.

“Analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember 2025 bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh berkenaan.

“Pada masa yang sama, angin kencang dan alut bergelora jug dijangka berlaku di Laut China Selatan,” maklum MetMalaysia lagi.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi cuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia