Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran hujan lebat peringkat kuning di negeri-negeri utara semenanjung – Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Melalui kenyataan di laman twitter mereka, @malaysianmet, hujan lebat berterusan dijangka berlaku bermula 7 Mei sehingga 8 Mei ini. Penduduk di negeri terlibat diminta agar berwaspada.
Amaran yang dikeluarkan emrupakan amaran wasapada tahap kuning. Perkara berkenaan turut dilapor oleh BERNAMA Radio melalui Twitter.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia